Wednesday, December 23, 2009

ISU DR. ROSLI

Pagi ini, Khidmat Syariah (KS) amat memandang berat tuduhan TV1 dalam ulasan akhbar bahawa Perkahwinan Dr Rosli adalah tidak sah...kebetulan KS ada di mahkamah syariah ketika kesnya di sebut. Itu lah jahilnya TV 1... Perkahwinannya belum disahkan batal oleh mahkamah tapi hanya perintah MUFARAKAH sementara sebelum dibicarakan..itu aje. Apa pun soal prosedur kahwin ini KS nak ingatkan kepada semua orang..berhati-hatilah...terjebak dengan cara sindeket ini...inilah padahnya. Kalau nak berpoligami...KS boleh beri nasihat dan tunjuk jalan yang betul.
Tapi apapun KS nak ucapkan jutaan tahniah di atas sikap gentlemen Dr Rosli meletak semua jawatan dalam kerajaan hanya atas isu kecil ini..sekurangnya sikap ambil tanggungjawab menjaga imej parti dan kerajaan suatu yang patut di contohi oleh Arif Fahmi.
KS rasa Arif Fahmi cermin diri..ikutlah seperti Dr Rosli...kalau tak tahu cari duit jadi broker dah cukup makan..
Sekian..jumpa lagi

No comments: